"Antara Mimpi dan Jodoh"
Istiqarahlah jika kita ingin membuat pilihan. Istiqarahlah jika kita keliru dalam memutuskan sesuatu pilihan. Istiqarahlah jika kita ingin mendapat jodoh yang terbaik. Istiqarah adalah salah satu cara kita meminta pertolongan daripada Allah yang maha berkuasa.
Istiqarah adalah “ilham” daripada Allah keatas permintaan kita. Jika kita bernasib baik, ada rezeki, istiqarah kita akan termakbul. Dan ia akan “terilham” dengan pelbagai cara. Ada dengan perasaan, ada dengan gerak hati dan ada dengan mimpi. Ya, mimpi.
Mimpi yang baik eloklah dicerita (kepada yang arif) agar / mudah-mudahan ia turut mendapat doa daripada orang yang mendengarnya (alim). Mimpi yang buruk ada baiknya disimpan agar ia tidak “terdoa” oleh mereka yang mendengarnya. Mimpi yang baik hadir sebelum Subuh. Lebih baik jika hampir-hampir Subuh. Jika mimpi selepas Asar, ia mimpi yang memang mainan tidur.
Tidur selepas Asar akan membawa kepada perkara yang tidak baik. Salah satunya adalah akan membawa masalah mental dan jiwa. Ehm...? Badan juga akan menjadi lemah dan tidak bersemangat.
Kenapa mimpi baik itu hadir sebelum Subuh? Aku pun tak pasti. Apa yang pasti mimpi selepas Asar adalah sesuatu yang sia-sia. Sebabnya, kita dilarang tidur selepas Asar. Maknanya apa jua mimpi selepas Asar itu adalah mimpi yang sia-sia. Bagaimana pula kalau tidur sebelum Asar hingga ke Asar? Itu juga tidak elok. Seelok-eloknya bangun sebelum Asar.
Itu kata-kata orang bijak pandai dalam hal mimpi dan hal tidur.
Sebelum ini ada jugalah aku solat sunat istiqarah memohon pertolongan daripada Allah. Walaupun hidup ini bukanlah sebagai hamba Allah yang sejati, tapi tidak salah rasanya jika ingin meminta daripada Yang Maha Pemberi. Dan sememangnya daripada Dialah yang patut kita meminta, bukan daripada makhluk lain.
Dalam hal ini apa yang aku ingin katakan adalah mengenai mimpi dan jodoh. Suatu ketika dahulu pernah jugalah termimpi seseorang. Si dia selalu hadir dalam mimpi. Tapi perancangan Allah lebih tepat dan jitu. Akhirnya si dia bertemu jodoh dengan orang lain.
Baru-baru ini sekali lagi mimpi hadir. Kali ini orang lain (bukan si dia yang dahkahwin tu). Seingat aku adalah tiga atau empat kali (orang yang sama seperti dalam catatan mimpi lalu). Yang terbaru dalam dua tiga hari lalu. Tapi kali ini buat julung-julung kalinya si dia hadir selepas Asar. Fuhh.. Ini kes tidur siang harilah ni. Gadis ini memang kawan lama. Nak kata asyik terfikir dan teringatkan dia takdalah sangat. Tapi ada jugalah terfikir dan ingat walaupun lama tak jumpa. Uhm uhm uhm... Atau sebab lama tak jumpa sebab tuteringat...
Kata orang bijak pandai dalam hal psikologi, mimpi juga akan hadir jika kita asyik berfikir mengenai sesuatu. Tidak kira apa yang kita fikir, ia akan terbawa-bawa ke alam separa sedar, iaitu tidur. Jika kita asyik terfikir mengenai masalah kerja, keluarga, atau apa saja, masalah ini akan turut bertamu dalam tidur. Begitu juga jika asyik berfikir pasal jodoh.
Jadi, bagaimana pula dengan istiqarah? Adakah hadirnya sesuatu ilham (dalam mimpi) itu tanda dan petunjuk daripada Allah bahawa istiqarah kita telah dimakbulkan? Atau ilham itu hadir kerana kita asyik berfikir dan terfikir mengenai sesuatu?










0 comments:
Post a Comment