Fall In Love With More Free Templates! Click Here To Get Your Own Smitten Blog Design... »

HIDUP MESTI PANDANG KE HADAPAN

Friday, 31 October 2014

Langkah Mengatasi Stress

Langkah 1 – Fahami Punca Stress
– Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda
– Cari masalah dalam diri satu persatu.
– Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga
menyebabkan ketegangan.
Langkah
Langkah 2 – Letakkan Keutamaan
– Senaraikan keutamaan untuk dilakukan
– Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan
kepada yang lebih penting.
– Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak
membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.
Langkah 3 – Selesaikan Masalah Satu Persatu.
– Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
– Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.
– Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia
boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah.
Langkah 4 – Menangis
– Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu
masalah.
– Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan
tekanan minda dan jiwa.
– Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan
berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan
menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.
Langkah 5 – Ketawa
– Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai
berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.
– Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan
denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat
diaktifkan.
– Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan
dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.
Langkah 6 – Bersenam Atau Beriadah
– Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga
lapang setelah berpeluh
– Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran
darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
– Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa
penyakit di dalam badan.
Langkah 7 – Menyanyi, Menari Dan Menjerit.
– Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa
mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan
airmata
– Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati
sehingga berpeluh
– Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga
boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan
ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana
mengikut kreativiti anda.
Langkah 8 – Curahkan Perasaan Dalam Diari.
– Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan
sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari
– Tidak perlu mencatakan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar
sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda
– Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita
itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa
yang digambarkan didalam diari.
Langkah 9 – Luahkan Pada Sahabat Karib.
– Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak
pada sahabat karib anda.
– Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat
mengurangkan bebanan stress.
– Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan
pandangan sahabat anda itu.
Langkah 10 – Meditasi Atau Bertafakur.
– Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan
tingkahlaku yang telah dilakukan.
– Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat
pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya
masalah sehingga anda dapat ketegangan.
– Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda
sebenarnya dan apa yang anda ingini.
Langkah 11 – Tahu Had Kemampuan.
– Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu
memaksa diri.
– Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak
lagi mampu ditanggung.
– Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau
mahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.
Langkah 12 – Berusaha Dan Berserah.
– Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis
baik.
– Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan
perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan
sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.
– Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan
jalan keluar bagi setiap masalah.
Langkah 13 – Bersantai
– Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit
ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di
mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri
dan minda.
– Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan
memberikan keseronokan
– Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.
Langkah 14 – Ambil Mudah.
– Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang
mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran.
– Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan
itu pada keesokkan harinya.
– Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak
keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.
Langkah 15 – Mengadu Kepada Kaunselor.
– Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda,
dapatkan kaunselor yang boleh membantu.
– Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan
tindakan yang perlu diambil.
– Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar
mengenai diri sendiri.
Langkah 16 – Berurut.
– Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat
yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang
mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.
– Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.
– Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan
ketegangan akibat bebanan stress.
Langkah 17 – Refleksologi Atau Akupuntur.
– Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.
– Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu
menghilangkan tekanan yang ditanggung.
– Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.
Langkah 18 – Hipnosis
– Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki
satu suasana yang indah.
– Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi,
airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh
melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar anda
berasa segar dan ringan tanpa masalah.
– Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan
membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.
Langkah 19 – Terima Keadaan Seadanya.
– Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut
kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi
kenyataan.
– Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu
yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika
tidak memperolehinya.
– Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa
yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain
dapat.
Langkah 20 – Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.
– Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan
anda sedia menerima sesuatu bencana.
– Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan
dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan
fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.
– Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang
dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan
yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.

Perubahan Diri

Kehidupan mengajar segala bentuk perubahan..
Kita seringkali mengeluh kerana terlalu sukar untuk mengajak perubahan dalam diri orang lain..
Tetapi adakah kita sedar perubahan yang paling sukar adalah mengubah diri sendiri
Jika diri kita sukar diubah, adakah kite boleh mengubah orang lain?

Allah S.W.T berfirman di dalam Surah Ar. Ra'd ayat 11 ynag bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada dir mereka."

Dalam hidup kita, seiring dengan masa...
Kita seringkali cuba mencari sesuatu..
Mencari perubahan yang lebih baik dari kita yang sebelum ini..
Perubahan memerlukan kesabaran..
Kerana perubahan tidak berlaku secara drastik...
Ia memerlukan kekuatan hati, mental dan fizikal..
yang paling penting adalah kesabaran..
Manusia yang berubah, kekuatan yang ada dalam dirinya sangat tipis...
Ia mampu hancur andai goncangan kehidupan sangat kuat..
Oleh itu, seharusnya kita sentiasa menyokong perubahan seseorang agar die dapat kekuatan untuk menuju ke arah kebaikan. 

Tanya pada diri kita:

"Kenapa kita harus mencemuh seseorang dahulunya  freehair, sekarang berubah memakai tudung?"
"Kenapa mahu disindir orang yang dahulunya tidak solat, sudah rajin mengunjungi Rumah ALLAH?

Kenapa?

Kita seharusnya menghargai dan memberi sokongan atas perubahan yang berlaku Kerana Allah telah mmembuka pintu hatinya untuk berubah..

Berikan sokongan moral, dan dorongan kepada mereka yang ingin memperbaiki diri, memperbaiki hubungan dengan Tuhan dan seterusnya ‘hubungan’ yang kurang harmoni menjadi hubungan yang jauh lebih mesra..
Berikan kesempatan bagi mereka yang ingin menjalin kembali tali-tali persahabatan yang telah putus..

Mudah untuk mencari musuh, tetapi sulit untuk mencari sahabat, mudah mencari pasangan hidup baru, tetapi sukar mempertahankan pasangannya sendiri; mudah mencari cinta nafsu, tetapi sulit mencari cinta yang ikhlas; mudah menyalahkan orang lain, tetapi sukar melihat kesalahan sendiri; mudah untuk berpisah, mengapa sukar untuk ‘bersatu’ lagi?

"Mudah memberi ‘label’ pada seseorang, tetapi mengapa sukar mencabut ‘label’ yang sudah diberikan?"

Sebaik-baik manusia adalah yang sentiasa ingin berubah ke arah kebaikan..
Sentiasa sujud pada ALLAH..
Sentiasa mengingatiNYA...

Jangan menyerah!! Tiada seorang pejuang yang mudah menyerah. kuatkan semangat  perjuangan untuk berubah..

"Semoga semua orang yang berhubungan dengan kita, akan dapat menghargai perjuangan kita  untuk melangkah ke arah yang lebih terang, baik, damai, dan tenang.. 
Masa lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria, dengan memperbaiki diri kita yang sekarang. Tidak perlu dengar “apa kata orang” tetapi dengarlah “apa kata hati kita sendiri”

Ingat, Allah melihat pada usaha yang dilakukan, bukan natijahnya..  

Wednesday, 29 October 2014

mimpi dan jodoh...

"Antara Mimpi dan Jodoh"

Istiqarahlah jika kita ingin membuat pilihan. Istiqarahlah jika kita keliru dalam memutuskan sesuatu pilihan. Istiqarahlah jika kita ingin mendapat jodoh yang terbaik. Istiqarah adalah salah satu cara kita meminta pertolongan daripada Allah yang maha berkuasa.

Istiqarah adalah “ilham” daripada Allah keatas permintaan kita. Jika kita bernasib baik, ada rezeki, istiqarah kita akan termakbul. Dan ia akan “terilham” dengan pelbagai cara. Ada dengan perasaan, ada dengan gerak hati dan ada dengan mimpi. Ya, mimpi.

Mimpi yang baik eloklah dicerita (kepada yang arif) agar / mudah-mudahan ia turut mendapat doa daripada orang yang mendengarnya (alim). Mimpi yang buruk ada baiknya disimpan agar ia tidak “terdoa” oleh mereka yang mendengarnya. Mimpi yang baik hadir sebelum Subuh. Lebih baik jika hampir-hampir Subuh. Jika mimpi selepas Asar, ia mimpi yang memang mainan tidur.

Tidur selepas Asar akan membawa kepada perkara yang tidak baik. Salah satunya adalah akan membawa masalah mental dan jiwa. Ehm...? Badan juga akan menjadi lemah dan tidak bersemangat.

Kenapa mimpi baik itu hadir sebelum Subuh? Aku pun tak pasti. Apa yang pasti mimpi selepas Asar adalah sesuatu yang sia-sia. Sebabnya, kita dilarang tidur selepas Asar. Maknanya apa jua mimpi selepas Asar itu adalah mimpi yang sia-sia. Bagaimana pula kalau tidur sebelum Asar hingga ke Asar? Itu juga tidak elok. Seelok-eloknya bangun sebelum Asar.

Itu kata-kata orang bijak pandai dalam hal mimpi dan hal tidur.

Sebelum ini ada jugalah aku solat sunat istiqarah memohon pertolongan daripada Allah. Walaupun hidup ini bukanlah sebagai hamba Allah yang sejati, tapi tidak salah rasanya jika ingin meminta daripada Yang Maha Pemberi. Dan sememangnya daripada Dialah yang patut kita meminta, bukan daripada makhluk lain.

Dalam hal ini apa yang aku ingin katakan adalah mengenai mimpi dan jodoh. Suatu ketika dahulu pernah jugalah termimpi seseorang. Si dia selalu hadir dalam mimpi. Tapi perancangan Allah lebih tepat dan jitu. Akhirnya si dia bertemu jodoh dengan orang lain.

Baru-baru ini sekali lagi mimpi hadir. Kali ini orang lain (bukan si dia yang dahkahwin tu). Seingat aku adalah tiga atau empat kali (orang yang sama seperti dalam catatan mimpi lalu). Yang terbaru dalam dua tiga hari lalu. Tapi kali ini buat julung-julung kalinya si dia hadir selepas Asar. Fuhh.. Ini kes tidur siang harilah ni. Gadis ini memang kawan lama. Nak kata asyik terfikir dan teringatkan dia takdalah sangat. Tapi ada jugalah terfikir dan ingat walaupun lama tak jumpa. Uhm uhm uhm... Atau sebab lama tak jumpa sebab tuteringat...

Kata orang bijak pandai dalam hal psikologi, mimpi juga akan hadir jika kita asyik berfikir mengenai sesuatu. Tidak kira apa yang kita fikir, ia akan terbawa-bawa ke alam separa sedar, iaitu tidur. Jika kita asyik terfikir mengenai masalah kerja, keluarga, atau apa saja, masalah ini akan turut bertamu dalam tidur. Begitu juga jika asyik berfikir pasal jodoh.

Jadi, bagaimana pula dengan istiqarah? Adakah hadirnya sesuatu ilham (dalam mimpi) itu tanda dan petunjuk daripada Allah bahawa istiqarah kita telah dimakbulkan? Atau ilham itu hadir kerana kita asyik berfikir dan terfikir mengenai sesuatu?

solat sunat istikarah

Solat Sunnat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Shalat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”

Sunday, 26 October 2014

its just wonderful moment..

Percaya laa pada QADA dan QADAR...k
kalau dari awal kejadian manusia...itulah jodohnye..
apepun yang berlaku...
ia adalah jodoh...

namun walau bertahun bercinta...
jika ia bukan jodoh kita...
ia pstilah bukan yang terbaik untuk kita kerana janji Allah itu pasti...

Insyallah...
jika kite berdoa, yakin, bertawakal...
ade jalan yang akan ditunjuk oleh ALLAH....

Link di bawah merupakan tentang khdupan, jodoh dan apa yang tersurat...

http://beritaterkinimalaysian.blogspot.com/2014/08/kisah-benar-gadis-dinikahi-teman-lelaki.html?m=1