Fall In Love With More Free Templates! Click Here To Get Your Own Smitten Blog Design... »

HIDUP MESTI PANDANG KE HADAPAN

Saturday, 22 November 2014

Jodoh itu pasti tiba



Bukan semua percintaan berakhir dengan sebuah perkahwinan..
ada yang terputus sebelum smpai ke destinasi cinta..
pelbagai sebab yang terjadi menyebabkan sebuah cinta tidak ke jinjang pelamin..
bagi menutup rasa kecewa..
pasti ade yang berkata "Apabila kamu bahgia pasti aku juga akan bahagia"
Tapi sebenarnya ianya hanyalah satu kata-kata kerana hakikat sebenar kita tidak sanggup melihat pasangan kita bersam orang lain..
Dihadapan kita masih boleh tersenyum tetapi dalam hati siapa yang tahu..

Yakinlah pada diri..
bila berhadapan situasi yang sukar dielakkan ini..
persiapkanlah diri kerana segalanya mungkin..

BENARKAH?
benarkah pasangan kita mencintai kita?
benarkah pasangan kita ikhlas ingin menikahi kita?
benarkah pasangan kita adalah jodoh kita?

Jika benar, dia akan berani membawa kita berjumpa keluarganya..
Jika benar pasti die akan cari jalan untuk menjadikan kita yang halal..

Namun jika sebaliknya...tinggalkan dia kerana JODOH itu rahsia ALLAH..




Dunia

Kehidupan

Cahaya kehidupan datang dari diri kita..
Kitalah yang membentuk corak hidup kita..
jika kita gagal membentuk diri kita maka kita gagal untuk berjuang..
perjuangan bukan sahaja jalan untuk mencorakkan masa depan kita..
tapi jalan untuk membuktikan pada diri kita bahawa kita boleh berjaya..
KEJAYAAN tidak bermakna kita perlu melemahkan org lain..
tapi ia adalah mungkin pembakar semngat untuk kita trus melangkah..

Manusia berhak untuk berjaya dengan berusaha dan bertawakal..
Ganjaran ALLAH pada manusia tiada had..
kerana ALLAH yang mengetahui apa yang tersirat dan tersurat...
Kejarlah ilmu kerana ALLAH...
gapaila ilmu dengan terus belajar memperbaiki kelemahan diri..

Cinta yang paling hakiki ialah cinta kepada ALLAH..
yakinla dengan ketentuanNYA..
INSYALLAH hati akan lebih tenang...

Erti Sebuah PERSAHABATAN

Memiliki sahabat sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita, baik dari sudut kebendaan, kecenderungan mahupun tingkah laku. Sama ada kita akan terikut-ikut dengan kecenderungannya, ataupun sebaliknya, dia akan terpengaruh dengan kita.
Secara umumnya, kita melihat orang yang baik akan bersahabat dengan orang yang baik dan begitu juga sebaliknya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Perumpamaan orang yang bersaudara adalah seperti dua tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.” (Riwayat al-Dailamai)
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :
“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi, sama ada ia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau-bauan daripadanya, ataupun sekurang-kurangnya anda mendapat juga bau daripadanya. Manakala tukang besi pula sama ada ia menyebabkan baju anda terbakar, ataupun anda mendapat bau yang kurang enak.” (Riwayat Abu Daud)
Oleh sebab itu, kita harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman ataupun sahabat. Sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk kita ikuti dan contohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak.
Sifat Sahabat yang Mulia
1. Memiliki akhlak dan budi pekerti yang baik.
Seseorang yang disenangi, mempunyai akal yang baik, berbudi pekerti dan mematuhi perintah Allah. Sering juga mengajak kita melakukan kebaikan untuk diri dan masyarakat. Berbicara dengan penuh kelembutan dan kesopanan.
2. Menutup keburukan dan kekurangan sahabat, baik semasa sahabat ada ataupun tiada.
Tidak menderitakan keaiban orang lain kepada sahabatnya dan jika dia melihat sesuatu yang tidak baik tentang diri kita, dia akan menjaga aib tersebut.
Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa menutup keburukan saudaranya, maka Allah akan menutup keburukannya di akhirat.” (Riwayat Ibn Majah)
3. Memperbesarkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabatnya.
Sering menanyakan tentang kesusahan yang kita hadapi kerana ingin berkongsi kesusahan, kesedihan dan kesenangan bersama. Menjadi penghibur waktu kita sedih dan pelindung jika kita memerlukan. Sanggup mengorbankan masa, harta dan tenaga untuk memenuhi hajat sahabatnya.
4. Menyebut kebaikan.
Jika dia mendapat sesuatu kebaikan daripada kita, dia akan menghargai dan menyebut-nyebut kebaikan itu. Tidak pula dia berkecil hati jika kita tidak mampu membantunya.
 5. Mudah mengalah.
Jika berlaku salah faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga hubungan. Mengorbankan perasaan sendiri demi menjaga hati sahabatnya.
6. Mendorong kita mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Saling nasihat-menasihati berkenaan hal-hal dunia dan akhirat. Bersedia untuk menerima nasihat dan menasihati.

-artikel iLuv Islam

Sahabat(Cintailah sahabat kerana Allah)

Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?” tanya seorang sahabat kepada saya.
“Mencintaimu kerana Allah,” ringkas jawapan saya.
Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. Riak muka tidak puas hati lagaknya.
“Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya,” luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan.
Terhenti seketika kerja yang saya sedang lakukan. Berfikir tentang kata-kata sahabat sebentar tadi.
“Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir erti uhibuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah ‘dia milik aku’ sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini,” memandang sahabat dengan penuh pengertian.
Benar, ini kisah realiti. Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin memiliki. Mengikut ilmu psikologi, inilah yang dinamakan innate motive.
Maknanya jangan berkasih sayang lah?
Tidak.. bukan itu yang saya maksudkan. Berkasih sayang itu perlu, tetapi berpada dan kawallah diri. Berukhwah kerana Allah semata-mata. Jadi takkan timbul isu ‘dia milik aku’.
Tidak Cemburu
Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.
Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?
Firman Allah s.w.t : “Sesungguhnya mukmin itu bersaudara.” (al-Hujuraat: 10)
Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.
Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.
Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar tentang makna basitah (kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih, segala benda jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau mahu sayangi semua, bukan memilih-milih pula.
Nasihat ini jelas untuk saya dan semua yang mempunyai sahabat. Mungkin ini sudah terjadi atau bakal terjadi. Makanya saya mahu mengingatkan dahulu sebelum terkena pada diri sendiri atau yang lain juga.
Uhibbuki fillah, best friend, teman sejati atau apa-apa sahaja akan menjadi retorik semata-mata jika setiap perhubungan itu tidak di dasari dengan iman dan takwa. Usah tertipu dengan mainan perasaan sendiri. Perbetulkan niat kembali jika masih ada cemburu di hati.
Layanan Istimewa Untuk Semua Sahabat
Sayugia saya mahu mengingatkan kalian tentang kisah Rasulullah SAW dalam bersahabat.
Adakah para sahabat yang lain merasa cemburu dengan Abu Bakr apabila Rasulullah SAW mengatakan Abu Bakr adalah teman baiknya. Saidina Umar, Uthman, Ali dan sebagainya tidak cemburu melihat persahabatan itu kerana Rasulullah SAW melayan para sahabat yang lain juga dengan istimewa. Inilah yang perlu kita contohi bersama.
Jika kita mampu untuk memberi hadiah, belanja kawan, sentiasa saling mengingat, membantu dia, bertanya khabar kepada kawan yang seorang; beri layanan istimewa dan memasak untuk kawan seorang, kenapa tidak kepada kawan yang lain kita lakukan sebegitu rupa? Adakah Islam mengajar kita untuk membanding beza darjat?
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
Be
Taqwa itu berada di sini (beliau menunjukkan dadanya tiga kali). Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.” (HR. Muslim dan Ibnu Majah)
Jadi, mari kita tajdidkan (memperbetulkan) niat kita dan banyakkan muhasabah. Mungkin selama ini kita berukhwah bukan kerana Allah tetapi atas dasar lain.. peribadi ke, minat yang sama ke, perasaan ingin memiliki ke..
Mari koreksi diri.. mari istighfar berulang-ulang kali..
“Ada tak orang rasa cemburu dengan kita. Mereka rasa takut untuk rapat sebab kita berkawan baik?” tanya sahabat lagi.
“Wallahua’lam, jika ada yang berfikiran sebegitu, mesti ada silap dia dan silap kita juga. Dalam ukhwah ini kita membina ithar tetapi kita perlukan juga basitah,” tuntas saya.
Moga ini dapat menjadi renungan untuk para sahabat di luar sana. Sungguh mungkin ini juga bakal terjadi pada saya dan anda, kita tidak tahu. Jadi persiapkan diri dan bermuhasabah kembali.
Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah..
Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.
Ya Allah, peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..
Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..

-artikel: ILuvIslam

Thursday, 20 November 2014

Cinta dan perrkhawinan tanpa restu

Cinta tidak mengenal erti apa itu salah dan betul kerana cinta itu buta. Pasangan yang asyik berkasih sayang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat bersama tanpa mengira perasaan orang lain lebih-lebih lagi ibubapa itu sendiri. Mereka sanggup menolak ketepi pandangan dan keputusan ibu bapa dan keluarga terhadap pasangan mereka. Bagi mereka, pasangan mereka adalah lebih baik dari segala-galanya. 

Dan sebab itulah terjadinya isu perkahwinan tanpa restu ibu bapa sehingga ada yang sanggup berkahwin secara diam-diam.


Ada sebabnya kenapa ibu dan bapa menolak untuk merestui perkahwinan anda. Mungkin ibu bapa masih belum mengenal pasangan anda betul-betul atau faktor-faktor tertentu yang menyebabkan pasangan anda tidak boleh diterima dengan baik.



Kesan Kahwin Tanpa Restu

Niat anda untuk mendirikan rumahtangga dengan pasangan dengan anda dengan cara yang sah adalah sesuatu yang amat-amat disukai oleh Islam. Tetapi untuk menolak ibu bapa dari hidup anda, ia adalah satu dosa kerana anda telah melukai hati mereka yang menjaga dan membesarkan anda sejak dari kecil lagi.

Pada awal perkahwinan mungkin anda tidak akan menghadapi sebarang masalah lagi dalam rumahtangga tetapi untuk jangka masa yang panjang, mungkin ada sedikit sebanyak kesannya. Di awal perkahwinan, bibit-bibit cinta itu masih lagi mekar. Kata orang-orang tua, “Kalau pasangan anda kentut pun masih berbau wangi”. Tetapi dalam 5 hingga 10 tahun anda akan terasa kesannya seperti:


  • -tidak lagi bahagia
  • -sentiasa tidak tenang
  • -selalu bergaduh kerana perkara kecil
  • -anak-anak degil dan tidak mendengar kata
  • -ketidakserasian sesama pasangan secara tiba-tiba
  • -Ibu bapa juga tidak terkecuali menerima kesan daripada perkahwinan tanpa restu mereka ini. Anak yang  mereka tatang bagai minyak yang penuh sejak dari kecil sehinggalah besar dan bijak dalam membuat  keputusan sendiri tiba-tiba menolak diri mereka disebabkan pasangan anda. Hati mereka bagaikan dirobek  dan dihiris-hiris dengan pisau. Bayangkan sekiranya anak anda yang mebuatkan perkara yang sama terhadap  anda anda kelak. Apakah perasaan anda?

Cara Menangani Perkahwinan Tanpa Restu
Bukanlah semua hubungan dan perkahwinan tanpa restu ibu bapa tidak boleh diteruskan ataupun tidak boleh mencapai kebahagian seperti orang lain. Sebaik-baiknya cubalah mendapatkan kebenaran dan restu ibu bapa terlebih dahulu dalam setiap apa jua yang kita lakukan.

Untuk pengetahuan anda, ibu bapa tidak pernah menghalang atau menidakkan hak anda sebagai seorang anak untuk memilih pasangan dan kebahagian anak itu sendiri. Mereka cuma mahukan yang terbaik untuk setiap anak mereka.  Dan sebagai anak, buktikanlah dahulu cinta anda kepada ibu bapa anda melebihi kasih sayang anda terhadap si dia. Bila anda mampu buktikan kekuatan kasih sayang anda terhadap ibu bapa melebihi kasih anda terhadap kekasih, ibu bapa akan hormati anda, lebih menyayangi anda dan tidak mustahil, akan tiba satu masa, pilihan anda menjadi pilihan mereka juga. Cuma perlu bersabar, solat dan doa kepada-Nya.

  1. -Bawalah pasangan anda ke rumah agar ibu bapa dapat berkenalan dengan pasangan anda dahulu
  2. -Sekiranya ibu bapa tetap tidak menerima pasangan anda, cuba cari sebab dimana dan perbaiki  kelemahan tersebut
  3. -Sentiasa berdoa kepada-Nya agar dilembutkan hati ibu bapa dalam menerima pasangan anda


  • :-) Bagi ibu bapa, jika calon menantu bukanlah pilihan anda tetapi tetap digilai si anak, bantulah si anak  jadikan kekasihnya calon pilihan anda dengan usaha dan doa. Jangan sesekali memusnahkan kebahagian masa depan anak anda gara-gara terlalu megikutkan emosi anda sendiri. Dan semoga anda sekeluarga bertambah bahagia dengan bertambahnya keluarga baru

  • :-) Sebagai si anak pula, anda hendaklah menyakinkan bahawa kepada ibu bapa bahawa si dia adalah jodoh yang terbaik untuk diri anda dan keluarga